Thursday 28 February 2013

Karena ku cinta kau

Lagu yg sgt sweet..

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar... 
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar... 

Banyak cinta yang datang mendekat, 
Ku menolak,... 
Semua itu karna ku cinta kau... 

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar... 
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar... 

Banyak cinta yang datang mendekat, 
Ku menolak,... 
Semua itu karna ku cinta kau... 
Kau... 

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Kutahu kau slalu ingin denganku
Kulakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau

Jika kau tak percaya padaku
Sakitnya aku... 
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku... 

Banyak cinta yang datang mendekat, 
Ku menolak,... 
Semua itu karna ku cinta kau... 
Kau... 

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Kutahu kau slalu ingin denganku
Kulakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau

Monday 24 October 2011

Perempuan cantik vs perempuan kurang cantik


Kalau perempuan cantik pendiamlelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahatLelaki akan kata: mst ada krisis nih.​.​.​kesiannyer.​.​.​
Kalau 
perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan,Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahanLelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...


Kalau 
perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau 
perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu... atau kalu pmpuan cntik yg tgk situasi 2,dia akn terdeti dlm hati, eleh kalau lelaki 2 tgk ak mesti lelaki 2 dh tggalkan awek dia 2..

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasihLelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau 
perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...
Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau 
perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah.​.​.​caringnyer.​.​.​ Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelakiLelaki akan kata: eleh,gedik la tu...
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau 
perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!​!​gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu... Kalau perempuan tak cantik pandai masakLelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...
Kalau perempuan cantik main2 miskolLelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...Kalau perempuan tak cantik main2 miskolLelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!
atau sebagai kesimpulan,kita juz boleh ckp.. pmpuan yg kurg dr segi paras rupa ni mmg serba xkena..

Monday 4 July 2011

TEMUDUGE!!

c interview question

Sgt takut kalau mghadiri temuduga..
tibe2 rase gementar..
layak ke ak ni..
lbih2 lg kite xthu soalan cmner yg dia akn tye nanti,,
huhu.. tibe2 rase nk google tips temuduge..
ak rse sgt pnting utk mgtahui tips2 temuduga supaya nanti kita x ternganga je dpn penemuduga 2 huhu..


PADA HARI TEMUDUGA

  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.





CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA
  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda.
  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  11. Mengapakah patut kami memilih anda?
  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
~~Good Luck on your interview~~

Wednesday 29 June 2011

Do ur boyfrenz really love u??

OMG.. wAt type of question is it????
oppsss.. terspeaking plok..
haha.. mcm sgt seram soalan ni..
tp ak slalu dgr soalan merapu2 mcm ni..
smalam kt pasar payang tgh tgu turn nk byr nasi, dgr minah kt blkg borak2..
skali terpacul soalan yang kat atas ni..
agak2 minah yang nk kena jwb soalan 2 nk jwb ape?
nk jwb ni ke.. "mestila dia cintakan aku.." x mcm perasan ke kalau jwb mcm ni huhu..
sebelum ak teruskan entry ni, ak nk tye, 
WHAT THE HELL KIND OF QUESTION IS THAT? 

Kenapa tye mcm 2.. jelez ke tgk org bahagia huhu.. i know.. bila da tye mcm 2 kn, msti mengharapkan jwpan yang hbgn dieorg makin bergolak.. kdg2 mereka yg tye ni kan, mcm dieorg ni sgt perfek dgn pasangan dieorg. Sehingga dia nmpak semua org yg kapel kt sekeliling dia ni xkekal lama huhu.. come on guys, kite ni siapa nk judge org.. k,secara luaran, u never know mcmana prgai kekasih hati kwn korg 2.. tp once u saw their relationship,u terus judge.. padahal masing2 kapel ikut cara masing2.. k fine, maybe u bertuah sbb pasangan u slalu ade mase utk u, then kaya plak 2 sbb bleh cal u 24 jam, tp bg yg xmampu ni mcmane??
jd yg kapel dgn org yg xmampu ni kire xbhgia la sbb xleh gayut 24 jam??

Kalau la rakan anda itu mempunyai rupa yg mgkin kurg menawan, msti dalam hati ande terdetik, cmner la bf dia bleh sgkut kt dia, klu bf dia tgk ak msti bf dia tgal di nih.. btol x??
ni mknenye anda pndg rendh pada org lain..
org yg pndg rendah ni mknenye dia rase dia bgus,then secara automatik mcm takbur la..
nk tahu takbur 2 mcmne? klik kat cni.. (credit to nurulanis)

then maybe u bertuah psagan korg ni jnis bg hadiah kt u,ske tunjuk2 dpn org yg korg ni bhgia..
tp mcmne klu yg kapel dgn jnis yg sgt matang,yg xske seme 2.. so psangan 2 x bhgia mcm korg ke?
mgkin dia ade tnjuk care lain.. 
so, jgn la nk judge org lain.. juz care of your love.. n 

Never Judge Others, You Haven't Walked In Their Shoes!!!


CIRI-CIRI CINTA SEJATI
(Credit to: Prof Madya Dato Ismail Jusoh)

1. Pasangan kamu sentiasa mengambil berat pasal diri kamu,tidak kira walau hanya sekali pun dia sms/emel kan kamu bertanyakan khabarmu.

2. Apabila pasangan kamu terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menghubungi kamu, jangan jadikan itu alasan pasangan kamu sudah tidak mencintai kamu lagi.

3. Setiap manusia di dunia ini dilahirkan dengan sifat yang berbeza. Tidak semua kehendak kamu pasangan kamu dapat turutkan. Apabila kamu minta sesuatu dan pasangan kamu tidak dapat penuhi, jangan terus menghukum denagn menyatakan si dia tidak sayang kamu. Jika difikirkan dari segi meatbolisme akal, apakah tujuan kita berpasangan dengan si dia, adakah untuk memenuhi kehendak kamu?
renungkan..

4. Marah serta melarang kamu membuat sesuatu tanda sayang. Benar kamu belum berkahwin namun jika si dia melarang kamu membuat sesuatu yang salah, itu menunjukkan perkara yang baik dalam hidup kamu. ini bermakna pasangan kamu amat menyayangi kamu dan sedang berusaha untuk membimbing kamu supaya dapat menjadi seorang suami/isteri yang baik untuknya kelak..
Tahniah
Jangan merasa terkongkong, jika kamu merasakan kamu tidak dapat menerima setiap larangan yang diberi, bagaimana agaknya kamu ingin hidup bersamanya.